Wednesday, September 8, 2010

salam aidilfitri


inai2u mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat visitor blog ini..!maaf zahir batin..;-)


Tuesday, August 3, 2010

salam ramadhan!

hye..sempena hari baik bulan baik ni..inai2u akn menutup tempahan inai utk bln ramadhan nih..bg menghormati ibadah puase kite semua termasuklah saya..;-) n lg...mustahil la kan..ade org nk berkahwin dlm bln yg suci nih..so,inai2u akn berehat seketika sehinggalah awl syawal..sekarang ni,erin ngah berkira2 wat biz lain kut..kuih raya maybe..hehe..wish me luck!

ape2 pn..inai2u mengucapkan selamat menjalani ibadah puase dgn selamat dan semoga seluruh warga islam sedunia mendapatkan keberkatan darinyer...insyaallah..amin.

tempahan inai2u akn dibuka semula seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri ini ok..see ya!;-)

Thursday, July 22, 2010

Hukum Berinai

Hmm..ramai yg bertanyakan hal ini..berbalik pada nawaitu masing2 la yer..inai2u cume ingin memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan tu shj..sbb tu la,inai2u tidak mengambil sebarang tempahan lain drpd majlis perkahwinan spt body art ( temporary inai tatoo e.tc..) apa2pun,disini inai2u serahkan pada yg arif..

Sumber : www.pondokhabib.wordpress.-by habib ahmad.

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Ibadah, Soal Jawab Perkahwinan

Mengukir Inai Di Tangan: Apakah Dibenarkan Syara‘?

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan yang seumpamanya.

Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.

Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik. Tidak hairanlah jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam bentuk tatu.

Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya:
“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”

(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:

Ertinya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Sumber : Mufti Brunei

A message from inai2u

Ok..sy nk share tips dgn anda sebagai anda pengguna inai k..simple jer..;-)
  • Inai tube instant @ inai kon??
untuk pengetahuan anda,inai2u tidak menggunakan inai tube ( ala..yg mcm dlm bentuk ubat gigi tuh..) tp inai2u menggunakan inai kon @ inai serbuk campuran untuk mengekalkn daya tahan inai tersebut..lg pulak,bg sy penggunaan inai tube instant ni sebarang kesalahan hatta sekecil kuman pn xboleh terjadi..sbb warna akn trus melekat pd kulit kiter..nti comotla kn klu terslh skit kn padam..berbanding inai kon,kesalahan bole cepat2 dipadam coz bahannya terdiri dr inai daun asli..tp terpulang pd masing2la..ade yg suke gune inai tube..cumenyer daya tahannya agak kurang skitla..( berdasarkn pengalaman ms kawin dlula..hari nikah je terang inainyer..esoknyer dh gone with wind..penat jer byr tukang inai tuh..n tukang inai pn penat jer menginaikn kiter..dh lukis cantik2 ,penat terbongkok2 menginaikan kiter hilang plak kn..hmm..paham perasaan tuh..penat woo..!)
  • Sebelum berinai
bg bakal pengantin,kebiasaannyer waktu berinai yg plg selamat dilakukn adalah pd malam seblm bernikah..kenape?sebab slalunyer bakal pengantin ni last2 min ada saje kerjanyer..bunga telur xbungkus lg la..rumah xkemas lgla..reben xcukup la..mak menjerit suoh itula inila..mcm2..( sbb kiter pn ex-pengantin dlu..pening..!hehe).so,waktu berinai nila bakal pengantin totally dapat berehat sepenuhnyer..fizikal n mental.ye la...dr waktu berinai spi abis berinai pengantin dpt relaks spi esok pagi..sok nk pk nervous nk nikah pulak kn..hahah!sbb tu la..biasernyer kami menasihatkan bakal pengantin supaya makan,mandi,solat dlu n setelkn ape yg patut sblm kami dtg kerumah untuk menginai anda..( biasernyer spls waktu isyak ) sbb dh mmg xkn bole wat pape lg dh pastu..relakss!!..biar org lain watkn utk kiter..kate ratu sehari kn..ms ni la nk ngade2..;-)
  • Waktu berinai
waktu berinai,anda bole relaks skit la..tips : duduk relaks di atas kerusi/sofa sandar belakang untuk mengelakkan anda sakit belakang n dptla regangkn otot kaki dgn selesanya..pastu bolehla trus tido..;-p ( sbb pastu xboleh nk gerak2 sgt dh kaki tangan tuh..n lg,takkan nk comotkan lantai bilik pengantin @ ruang berinai tu kn..sok nk kawin dh..marahla maknye nti..;-) )
  • Selepas berinai
selesai sj inai ditangan kulit tu kering..tidak digalakkan basuhkan kulit anda dgn sabun yer..biarkan inai tu jatuh dgn sendiri ataupun tanggalkan esok pgnya..especially,tang fingercap tuh..sbb kami x gunakan inai instant utk mewarnakan jari anda..kami gunakan inai daun serbuk utk inai anda..;)

  • Jangkamasa berinai
waktu berinai agak lama sedikit diambil untuk menyiapkan keseluruhan ukiran inai di kaki tangan anda n juga fingercap..lebih kurang dlm 4-5 jam bermula dr slps waktu isyak ,dlm pukul 9mlm hingga 12-1pg ( anggaran masa siap sepenuhnya ).so,prepareknla diri anda sepenuhnya sblm berinai yer..

so,see ya!


Wednesday, July 21, 2010

An evening with d kids..

izah
aliesya
naim
farah

hahaha...inai ni dilukis khas buat anak2 mak erin ( mak erin pengasuh.. ).start with farah ( the eldest ) trus adik2 yg lain nk ikut wat jugak..sooo cute tgk dieorang..n sgtla kn sabar ms inaikn dieorang nih..masing2 berebut2 nk inai...then bile dh siap,ade plak yang sj nyakat usik2 inai geng lain yg dh siap kt tgn..perggghhh...penuh kesabaran ptg tuh..hihihi..

jom kite tgk hasilnyer..;-)


Monday, July 12, 2010

inai2u collections

code : TT001

code : AT001

code : AT002

code : AT003

code : AT004

code : AT005

code : AT006

code : AT007

code : AT008

code : AT009

code : AT010


code : AT011

**inai2u juga bersedia utk memenuhi permintaan berdasarkan idea anda juga!**


Tuesday, July 6, 2010

@ badd place's templer park,rawang-04/06/2010


ni la first customer utk 2010 ni..since sy preggy.sblm ni ade je tempahan,tp dsebabkn morning sickness on my 1st trimester..so,xdptlah nk tunaikan..only after 5bln preggy brlah dpt tunaikn permintaan customer.badd ni kwn adik erin..last min special request..hehe..